Posts Tagged ‘wordpress’

h1

Tutup Saje Komen! Habis Cerita!

October 8, 2010

Aku sebenarnya baru bangun tido, bukak facebook, bukak blog (tengok hebatnya penangan fb, blog buka kemudian).. Jalan-jalan merata ke dunia blog, tengok sana sini, baca situ sini.. Terkadang aku rajin, aku baca la bahagian komen sekali.. Tengok setiap respon ada jugak yang buat aku ketawa.. Dan ada juga terpandang beberapa ayat balasan komentator yang terkadang tak menyedapkan hati..

Kita sebagai blogger hati kena kuat! (aku dah start bercakap macam wakil rakyat).. Kita yang tempah cabaran, maka kena la berani nak tempuhinya.. Kenapa aku sebut ‘tempah cabaran’? Ye lah.. Dah masuk dunia blog, maknanya kena tanggung segala risiko yang ada atau yang bakal ada.. Paham maksud aku? Tak faham jugak? Bila kita dah berblog, segala yang dicurahkan dah tentulah untuk bacaan umum dan respon juga terbuka kepada umum.. Kalau tak mahu orang tahu, buat lah private! Atau nak bagi orang tengok jugak tapi tak sanggup kena kritik? Tutuplah ruangan komen! Setel!

Haa… Ini lah maksud sebenar aku.. Kalau tak tahan dengan ragam orang malaysia yang sudah biasa hidup berdemokrasi, jangan buat blog! Mudah kan? Apa yang aku cuba sampaikan, apa sahaja yang kita bakal hadap, tempuh dengan tenang.. Bukan meradang dan beri balasan tak tentu hala.. Sebab orang tetap memerhati apa segala tindakan kita.. Apatah lagi jika kita sendiri yang bukak pekung di dada.. Tak malu kena gelak? Walaupun tak dengar? Haha… (ha.. tengok.. aku gelak.. tapi tak dengar kan?)

Kamon blogger.. Blog aku dah kena kritik banyak kali aku biar jer.. Elok jer aku approve.. Tapi aku jarang balas.. Aku saja tayang bagi orang baca.. Kecuali mencarut-carut, aku terpaksa tekan spam.. Kita buka blog selain dari bercerita mengenai diri sendiri dalam masa yang sama turut beri pendapat kan? So bahagian komen adalah pendapat dari pembaca pulak.. Tak kan kita sendiri je nak bagi komen.. Tak fair lah kan.. “eh? ini blog aku.. pesal orang lain nak sebok plak?” ouh.. Kalau macam tu, aku ulang balik apa aku cakap kat atas tadi ‘tutup je komen! habis cerita!’..

haha.. salam blogger..

Advertisements
h1

Apa Bezanya 3 Blog Menteil?

September 30, 2010

Soalan nie tak pernah ditanyakan sesiapa pun.. Tapi aku menggatal saja nak menaip, aku nak buat macam mana.. Untuk pengetahuan sesiapa yang membaca (jika ada), aku mempunyai 3 blog yang aktif

1. menteil.net – eksperimentasi minda celaru
2. menteil – eksperimentasi blog celaru
3. minda celaru – bila kekeruhan minda berfungsi

Bukankah ketiga²nya mempunya tagline yang lebih kurang? Pesal nak buat banyak² pulak? Buat satu sudah!

Haha.. Suka hati aku lah! Aku yang manage semua pun.. Bukan ada suruh sapa².. Baiklah.. Ini sebenarnya jawapannya..

Read the rest of this entry ?