Posts Tagged ‘ntahla.net’

h1

Penutupan Rasmi Ntahla.Net

November 5, 2010

Aku pemilik ntahla.net ingin mengumumkan bahawa blog ntahla.net akan ditutup serta merta..

Untuk pengetahuan, ntahla.net ini diupdate secara manual.. Maka masa yang banyak perlu diambil untuk menguruskan ntahla.net.. Di awal pembukaannya memang tiada masalah kerana aku hanyalah seorang pelajar yang punya banyak masa di waktu itu, berbeza dengan kehidupanku sekarang..

Sekadar penambahan, url – ntahla.net/v3 dan isinya masih dikekalkan tetapi borang untuk menghantar blog baru akan dibekukan sampai bila-bila.. url – ntahla.net akan di’redirect’kan ke blog ini atau aku akan jadikan ia domain untuk tumblr aku.. Itu akan aku fikirkan nanti.. Masih tiada perancangan..

Jadi kepada sesiapa yang ingin membuang banner ntahla.net dipersilakan, tiada masalah.. Kepada sesiapa yang ingin maki dan marah aku sekarang, silakan.. Kepada siapa yang pernah menolong, terima kasih.. Kepada yang menghantar email dan tiada respon, maafkan aku..