Posts Tagged ‘kreuger’

h1

Eksploitasi Komen Dari En. Azman

October 19, 2010

Siapa yang tidak kenal dengan Mr Azman aka kreuger, Blogger yang baru saje dapat anak pertama.. Seorang blogger yang sangat rajin memberi komen yang sangat panjang.. Berbeza dengan blogger lain.. Tapi jangan disangka komen yang berjela-jela itu hanya merapu semata, setiap susun katanya ada maknanya sendiri..

Memang dari dulu lagi aku kenal azman dengan caranya sebegini.. Setakat aku berblogger, tak pernah lagi aku jumpa orang yang seperti azman boleh memberikan komen seperti ini.. Dan inilah uniknya Encik Azman.. =P

Aku ambil contoh yang ini entry terbaru dari blog utama aku sendiri.. Bilangan perkataan artikel tu dari aku ialah 748 patah perkataan, komen dari azman 647 patah perkataan.. Hampir menyamai dengan artikel yang aku buat tu.. Bukankah gempak di situ? Hehe..

Lihat pula bagaimana komennya itu menarik perhatian pembaca lain yang singgah di blog aku.. Bukankah dalam masa yang sama turut boleh membantu dalam mempromosikan blog sendiri.. Memang Encik Azman blogger yang rajin!