Posts Tagged ‘blog’

h1

Penggunaan Clicky

October 21, 2010

Untuk pengetahuan, aku ini seorang fanatik pada statistik.. Jadi setakat ini aku sudah gunakan 4 medium iaitu Google Analytics, CyStats, AwStats dan yang terbaru Clicky.. Ini pun setelah diperkenalkan oleh Kak Jie.. Dulu aku suka menggunakan wordpress.com stats, tapi entah kenapa aku sudah tidak boleh masuk ke dalam dashboardnya.. Sangat bengang di situ sebab sudah banyak rekod tercatit di dalamnya..

Ini antara fungsi yang ada..

Read the rest of this entry ?

Advertisements
h1

Penggunaan Page di Bahagian Komen

October 21, 2010

Sekarang zaman berblogger memang canggih.. Sebut je nak buat macam mana, petik je dah boleh jadi.. Senang kan? Tak payah nak tau banyak pasal CSS atau sebarang nama code lagi.. Pakai je apa yang dah ada dalam sistem atau sistem sokongan lain seperti plugin.. Malas lah nak bebel panjang2.. Aku nak bercerita tentang penggunaan page (boleh ke aku sebut mukasurat?) dalam bahagian komen..

1. Pageview
Tak perlu aku terangkan dengan jelas tentang pageview, semua blogger dah tau.. Memang penggunaan page di bahagian komen sedikit sebanyak akan membantu dalam menaikkan hits sesebuah blog.. Untung juga bagi yang mengejar ranking Alexa..

2. Senang Komen
Bagi yang memang kaki blogwalking, ini memang memudahkan para komentator untuk mencatit sedikit komen.. Tak payah nak scroll panjang2 (bagi yang komen beratus2lah kan).. Tak payah baca komen orang lain terus komen jer..

3. Meminimakan Loading Blog
Jika komen yang terlalu panjang dengan kata lainnya banyak komen, mungkin ini adalah sedikit faktor ‘single page’ itu mengambil masa untuk siap diloading.. Ditambah lagi dengan penggunaan gravatar dan sebarang function lain lagi..

4. Nikmat Membaca Komen
Seperti aku, aku suka membaca komen jika sudah tersedia diberi blogger lain.. Tapi jika melibatkan penggunaan page, sedikit sebanyak mengganggu aku untuk membaca komen dari blogger lain.. Selalunya aku tak akan bersusah payah untuk pergi ke page lain untuk membaca komen lain..

5. Rujuk Komen
Jika aku anggap komen aku itu dianggap penting dan perlu bagi aku untuk melihat balik apakah respon yang bakal aku dapat, aku akan semak balik di blog itu.. Tapi jika ada penggunaan page, hilang stim terus nak tengok balik.. Sebab susah nak carik satu2..

Pendapat aku;
Penggunaan Page di Bahagian Komen lebih banyak menguntungkan tuan blog daripada pembaca.. Jadi aku tak menyokong penggunaan fungsi ini.. =P

h1

Apa Bezanya 3 Blog Menteil?

September 30, 2010

Soalan nie tak pernah ditanyakan sesiapa pun.. Tapi aku menggatal saja nak menaip, aku nak buat macam mana.. Untuk pengetahuan sesiapa yang membaca (jika ada), aku mempunyai 3 blog yang aktif

1. menteil.net – eksperimentasi minda celaru
2. menteil – eksperimentasi blog celaru
3. minda celaru – bila kekeruhan minda berfungsi

Bukankah ketiga²nya mempunya tagline yang lebih kurang? Pesal nak buat banyak² pulak? Buat satu sudah!

Haha.. Suka hati aku lah! Aku yang manage semua pun.. Bukan ada suruh sapa².. Baiklah.. Ini sebenarnya jawapannya..

Read the rest of this entry ?

h1

Bounce Rate Menteil.Net

September 3, 2010

Ini Bounce Rate terbaru blog menteil.net.. Masa mula-mula aku tengok peratusan dia yang semakim menurun buat aku risau.. Aik? Dulu elok je mencanak.. Nie turun plak terus? Tanya punya tanya kat pakcik google, rupanya peratusan yang rendah itu lah yang berkualiti.. Aih.. Bikin runsing je..

“Macam mana ye nak cerita pasal Bounce Rate nie”

Macam nie.. Peratusan dia itu lebih menunjukkan kepada masa yang digunakan pengunjung setiap kali masuk ke dalam blog nie.. Maknanya, bounce rate akan naik peratusannya kalau dia datang tengok apa yang diinginkan tiada dan terus pangkah.. Boleh ditafsirkan sebagai tidak berkualiti..Begitulah sebaliknya.. *betulkan andai aku salah.. Read the rest of this entry ?

h1

Blog Jualan

February 28, 2009

messages-are-not-conversations

Salam dunia.. huhu.. Lama jugak aku tak update blog nie.. Bukan apa, biasalah alasan yang sama >> sibuk.. Er.. Betul apa.. Aku memang betul2 sibuk.. Dengan internet dan juga projek untuk masa depan.. Paling banyak sibuk di internet.. Hehe.. Target aku untuk bulan nie di menteil.net hampir tercapai.. oh ye.. menteil.net dah berwajah baru.. Kalau ikutkan hati tanak aku tukar, tapi apakan daya.. Banyak yang rosak.. Read the rest of this entry ?