Archive for the ‘AkalFikiran’ Category

h1

Pembersihan Keyword Lucah di menteil.net

November 5, 2010

Seperti yang diberitahu sebelum nie, aku sedang berusaha keras menghapuskan sebarang keyword lucah yang masuk ke dalam blog ini.. Ini dilakukan kerana 5 daripada top 10 keyword yang masuk ke dalam menteil.net adalah keyword lucah! Disebabkan hati tak senang, proses pembersihan terus dilakukan dengan membuang kata-kata kunci yang berkait dengan lucah..

Walaupun tak berjaya untuk menghapuskan 100%, tetapi usaha aku membuahkan hasil bila tiada lagi hasil carian lucah yang singgah ke dalam menteil.net.. Statistik terkini juga menunjukkan bukti bila aku kehilangan anggaran sebanyak 20% visitor.. Walaupun ianya agak menyedihkan, tetapi hatiku senang dengan perubahan ini..

Sekadar memberitahu, kata kunci yang ada menteil.net 80% daripadanya dihasilkan oleh satu plugin.. Sebagai contoh seorang visitor mencari kata kunci ‘contoh blog’ dan google menunjukkan menteil.net sebagai salah satu hasil carian.. Bila visitor click dan masuk ke dalam blog, plugin dengan sendirinya akan mencipta satu tag di dalam entry yang dipilih oleh enjin carian.. Ia juga boleh terjadi bila visitor itu mencari di dalam menteil.net sendiri.. Er.. Macam pening lah!

Sebenarnya ada baik buruk penggunaan keyword sebegini.. Tetapi aku lebih suka menghapuskannya.. Ada juga blogger bertanyakan macam mana pula jika ia dikaitkan dengan pendapatan.. lucah + trafik = duit.. Nanti lah aku bincangkan.. Hehe..

Advertisements
h1

Kenapa FormSpring Bukan Untuk Aku?

September 30, 2010

Ermm.. Rasanya tak payah kot aku nak ceritakan apa dia itu formspring.. Semua dah tau.. Mulanya aku buat mende nie pun sebab aku tengok ramai yang buat.. Ye lah.. Macam biasa, ramai orang buat mesti la nak ikut.. Mula2 pakai rasa biasa je.. Tak ada apa yang best pun.. Lama2 boring pulak..

Kenapa?

1. Tak Ada Yang Menarik Tentang Aku
Makanya tiadalah soalan untuk aku.. Sebab orang lain pun tak tau nak tanya aku apa.. Haha..

2. Aku Sendiri Malas Nak Jawab
Er.. Memang kot.. Kalau soalan tu macam soalan biasa je, baik chatting jer..

3. Merepek
Sori cakap.. Tapi kebanyakannya bukan bertanya soalan yang serius.. Semua macam harem jer.. Dan ada juga yang bukan boleh dikategorikan soalan pun

4. Malas Nak Login
Ini satu lagi masalah untuk aku.. Memang sangat malas nak login mende alah nie..

5. Tak Faham
Masih tak faham apa fungsi sebenar mende alah nie.. Tertanya2..

Maka, aku tinggalkan je lah mende tu.. Tak penting pun.. Er.. Tak penting langsung.. Sila lihat point nombor satu tu..

h1

Kes Bunuh.. Ini Pendapat Aku..

September 27, 2010

Sengaja aku lambatkan artikel aku kali nie.. Bukan apa, aku tak mahu dituduh sengaja mengejar trafik.. Biarlah keadaan nie lega sedikit..

Seperti yang sedang heboh baru-baru nie tentang pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, semua tak tinggal untuk memberi pendapat.. Dan aku juga ada buah fikiran yang mungkin sama dengan beberapa orang..

1. Kehilangan Orang Ternama, PDRM cekap!

Pertamanya syabas dengan pihak PDRM dengan kepantasan tertangkapnya tertuduh yang terlibat dalam kes Sosilawati ini. Memang diakui kepantasannya.. Tak salah jika aku memuji PDRM kerana telah beberapa kali berjaya menyelesaikan jenayah dalam masa yang singkat..

Tetapi apa yang aku saja bangkitkan di sini, jika mangsa itu bukan Sosilawati adakah penjenayah ini akan terus terlepas? Sehingga apa yang diketahui tertuduh utama mempunyai kaitan dengan kehilangan 8 orang yang lain? Kenapa baru kehilangan orang ternama ini baru polis dapat bertindak dengan lebih cepat? Macam mana rahsia kejahatan tertuduh utama sebelum ini boleh tersorok rapi?

Read the rest of this entry ?

h1

NiagaKit – Sangat Berbaloi-Baloi!

March 29, 2010

Umum sudah mengetahui mengenai sistem kedai dalam talian yang dibangunkan oleh Flarebiz iaitu NiagaKit. Percaya atau tidak, NiagaKit ini sudah menjangkau lebih 100 pengguna setakat ini. Bukankah ini menunjukkan yang NiagaKit ini terbukti keberkesanannya. Tidak mustahil suatu hari nanti sistem ini mampu mencapai 1000 pengguna pula. Dan jangan terkejut andai sistem NiagaKit ini menjadi antara sistem ecommerce yang terbaik pernah dibina.

Sebelum versi kedua sistem NiagaKit dilancarkan, NiagaKit sebelum ini hanya menggunakan tema dan beberapa plugin untuk platform wordpress, ruang berblogging yang sangat terkenal ketika ini. Walaupun pada masa itu ia sudah dikira ‘berbalo-baloi’, tetapi NiagaKit tetap mendapat kritikan mengenai sistem yang dibinanya. Mengambil kira semua kritikan sebagai positif, tanpa kenal erti putus asa Flarebiz bergerak lebih jauh kehadapan dengan mengeluarkan sistem ecommerce sendiri! Read the rest of this entry ?

h1

Siapa Yang Ingin Melancong Ke Thailang Berhati-hatilah

March 27, 2009

aku dapat nie dari email..
rasa tertarik untuk dikongsi, aku letak je la sini…

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ………… … satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence… ……… …… quite recent, i.e. about two weeks ago……… …

After my daughter’s wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.

Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran. Read the rest of this entry ?