h1

About

Blog nie dicipta setelah blog menteil.net wujud di dunia internet.. Macam pelik jer.. Selalunya blogger akan mengunakan hosting free dulu sebelum ada hosting sendiri.. Lantak lah.. Tak penting pon…

Blog ini lahir di kala blog menteil.net server down.. Aku seorang blogger tegar rasa macam hampeh pulak kalau tak menulis blog nie.. So aku buat la di wp.com nie.. Lagi satu tujuan aku supaya nama ‘menteil’ nie tak dicurik orang.. Hehe.. Macam la pemes sangat..

Blog ini mempunyai tujuh (7) kategori setakat ini;

1. Kategori admin akan bercerita mengenai blog ini sahaja..
2. Kategori Saya Punya! khas untuk sebarang cerita yang dimiliki oleh aku..
3. Sebagai menghargai blogger yang aku kenal, aku akan buat satu entry khas dan akan ditempatkan di dalam kategori Blogger.
4. Akal Fikiran adalah kategori tentang pendapat aku mengenai perkara umum.
5. Pendapat atau penceritaan tentang pelbagai ragam dunia blog akan masukkan di dalam kategori Blog Jujur.
6. Pembelajaran akan dimasukkan didalam kategori Tutorial. Ini juga sebagai rujukan aku sendiri.. Bukanlah niat nak tunjuk pandai atau berlagak sombong sebab aku sendiri masih naif dengan dunia blog nie..
7. Cerpu singkatan dari Cerita Merapu diadakan untuk mengisi penceritaan merapu aku. Hanya yang berhati tabah sahaja mampu menghabiskanya =P

Err.. Aku rasa blog nie pon boleh jadi rojak macam menteil.net, berteraburlah isi.. Takde niche tertentu di blog nie.. Aku menulis bila perlu.. Dan sudah tentulah ada sebab kenapa aku asingkan penulisan aku di menteil.net.. Tak mahu cerita panjang.. Lagipun aku boleh bilang dengan jari berapa ramai je singgah baca bahagian ‘about’ nie.. Haha…

Boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut (Apa Bezanya 3 Blog Menteil)

Itu jer lah.. Malas dah!

menteil
blog: menteil.net
email: admin-at-menteil.net

%d bloggers like this: