h1

Relevenisasi Blog dan Aku

May 5, 2011

Assalamualaikum.. Jarang rasanya aku memulakan bicara dengan salam kan?

Membaca tajuk kali ini seperti keliru dengan apa aku cuba sampaikan..

Tadi bila aku ingin membakar rokok, tiba-tiba “blink!” timbul satu point yang aku rasa ingin aku luahkan kedalam blog..

Aku capai laptop, masukkan kata laluan, tangan aku spontan mengetuk papan kekunci bila menerima arahan..

Sambil mata menjeling pada siaran HBO yang ceritanya entah kali ke berapa aku tonton, tangan aku terus menari..

Luahkan perasaan jemu itu pada aku, aku tahu ini entah kali aku katakan begini..

Hati aku tidak pernah akan senang jika aku tidak luahkan.. Itu tindakan yang memang terdidik dari mula aku berblog dahulu.. Aku berbicara melalui hati dibawa ke akal fikiran untuk ditranformasikan menjadi tulisan..

Aku gembira melihat dunia blog Malaysia yang kiat berkembang, teringatkan di zaman aku mula berblog dahulu..

Dulu aku masih belajar, punya masa.. Sekarang tidak lagi..

Aku semakin tertinggal.. Aku memang tidak punya keghairahan untuk mengejar.. Aku lebih berminat duduk diam melihat mereka berlari..

Dulu dunia mementingkan kualiti, kini lebih pada populariti..

Aku akur.. Mencari kualiti kini sia-sia tanpa populariti..

Malangnya aku lebih gembira dengan privasi.. Itu aku..

menteil.net akan mencapai tarikh luput beberapa hari sahaja lagi.. Aku seperti tidak berminat untuk memberikannya nyawa lagi..

Aku masih diam, membisu, kelu.. Fikiran aku masih tidak mencapai persetujuan untuk tindakan..

Biarkan ianya berlalu dengan pengakhiran, mungkin dengan itu kuranglah sedikit penyelesalannya..

Akan ada kata akhir nanti di sana.. Entah bila aku tak tahu..

Tetapi hosting tetap aku hidupkan kerana ada beberapa projek penting berada di sana..

Beberapa blog aku serahkan ke tangan baru, siapa dia berkenalanlah sendiri.

Menteil.net hanya aku seorang sahaja yang kendalikan.. Aku masih belum sanggup orang lain mencabulinya..

Aku cuba baca kembali penulisan ini, tapi aku sengaja menggerakkan dengan pantas bebola tetikus ini supaya cepat ia sampai ke bawah..

Sekilas pandang sangat berterabur, tidak pernah aku wujudkan penulisan sebegini.. Aku biarkan ia kekal spontan..

Sengaja aku tidak mahu mengubah penulisan sehingga aku puas seperti selalu.. Biarkan ia kekal ori dari hati..

Tiada kata akhir, rokok sudah mula mahu membakar puntungnya.. Salam..

Aku puas…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: