Archive for November, 2010

h1

Reka, Hantar dan Menang di RekaTee

November 4, 2010

Konsep RekaTee.com sangat mudah – reka design, hantar design dan rekaan yang mendapat undian tertinggi akan dikira sebagai pemenang.. Dalam masa yang sama, design itu juga akan dibuka untuk jualan.. Jarang sekali aku jumpa konsep seperti ini di Malaysia.. Walaupun di luar negara aku tengok sudah banyak yang membina konsep sebegini..

Buat masa sekarang, jualan belum lagi dibuka kerana weblog ini baru dilancarkan pada bulan september tahun ini.. Untuk persembahan weblog boleh aku kategorikan ringkas dan kemas.. Setakat ini sambutan yang diterima agak menggalakkan dan design yang dihantar juga boleh tahan hebatnya..

Secara jujurnya aku menyukai konsep ini 100% kerana aku sendiri adalah penggila tee custom sebegini.. =P

Jom sama-sama reka dan vote!

Laman WebBlogFacebookTwitter