h1

The 15th – Zero Negativity Day

October 27, 2010

Normal bagi manusia biasa ada perasaan marah, benci, sakit hati, bengang dan seberadik dengannya.. Bagaimana mengawal pemikiran yang negatif ini dengan baik? Kena jumpa kaunselor? Jumpa pakar sakit jiwa? Jangan bazirkan duit anda.. Kita boleh memulakannya dengan facebook..

“Apa? Kau gila?!”

Rileks.. Jangan marah-marah, baru je cakap tadi kan.. Facebook – laman sosial yang menjadi ikutan semua.. Jangan kata orang muda, mak bapak pun boleh join sekali.. Jangan terkejut jika ada atuk-atuk pun turut serta..

Jadi bila sudah ada ‘laman’ sendiri mestilah nak dijaga cantik kan? Tak mahu dikotori dengan sebarang sampah-sampah yang menyakitkan mata.. Apa yang aku maksudkan dengan sampah ini? Kata-kata cacian atau makian itulah boleh dianggap sampah di laman facebook anda.. Jadi sebagai permulaannya, hiasi laman facebook anda dengan bungaan dan hiasan seperti kata perangsang, kata nasihat ataupun pusisi cinta mungkin?

Dan langkah seterusnya anda boleh turut serta dalam komuniti ini yang memilih setiap 15 haribulan sebagai hari menahan kemarahan, hari untuk kita membuang segala sifat positif dan hari untuk memotivasikan diri.. Jadikan ini sebagai platform untuk mendidik diri anda menjauhi sifat negatif dalam diri yang mana akan turut merosak pemikiran yang positif..

“Kenapa perlu 15hb jer? hari lain boleh marah2?”

Seperti yang dikatakan tadi, ini adalah langkah awal untuk membuang sifat positif yang akan merosakkan pemikiran kita.. Jadikan satu hari ini untuk menerapkan nilai positif seyakin boleh! Hari ini untuk esok, esok untuk lusa dan lusa untuk selamanya! Dan tiada lagi sifat positif yang akan mengganggu segala urusan harian kita..

Cabar diri anda untuk menghapuskan nilai negatif dalam satu hari!

Laman Facebook
The 15th – Zero Negativity Day ]

One comment

  1. pheewit!



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: