h1

Apa Bezanya 3 Blog Menteil?

September 30, 2010

Soalan nie tak pernah ditanyakan sesiapa pun.. Tapi aku menggatal saja nak menaip, aku nak buat macam mana.. Untuk pengetahuan sesiapa yang membaca (jika ada), aku mempunyai 3 blog yang aktif

1. menteil.net – eksperimentasi minda celaru
2. menteil – eksperimentasi blog celaru
3. minda celaru – bila kekeruhan minda berfungsi

Bukankah ketiga²nya mempunya tagline yang lebih kurang? Pesal nak buat banyak² pulak? Buat satu sudah!

Haha.. Suka hati aku lah! Aku yang manage semua pun.. Bukan ada suruh sapa².. Baiklah.. Ini sebenarnya jawapannya..

menteil.net

*aku delete balik dua perenggan yang aku dah tulis tadi

Secara jujur aku dah tertekan nak menulis di menteil.net. Dulu aku selalu cakap “ahh.. blog aku sendiri, aku punya suka la nak tulis apa..” tapi jauh dalam dalam dalam (buat la nampak macam jauh sangat) hati aku nie, aku dah seperti hilang selera untuk menulis di sana..

menteil

Aku mencipta blog ini di saat blog menteil.net yang suka down dulu.. Disebabkan aku punya ketagihan menulis yang sangat hyper active dulu, aku bukalah satu lagi blog yang hostingnya sangat susah nak problem iaitu di wordpress.com.. Di peringkat awalnya hanyalah untuk berkongsi sedikit tips dan ceritera mengenai blog menteil.net sahaja.. Tetapi bila sudah lama aku campurkan pula dengan pelbagai resipi seperti menteil.net..

Alamak! Macam mana nie? Dah sama la kiranya dengan menteil.net? Ermm.. Aku hanya akan menulis di sini jika aku rasa penulisan aku itu tidak perlu diketahui oleh terlalu ramai orang.. Kiranya apa yang ada disini ialah limited edition lah! Siapa yang dapat membacanya kira beruntung! Kah kah! Tak masuk akal.. Tapi itulah kebenarannya.. Aku nak bebas menulis seperti dahulu.. Zaman aku bermula dulu.. Tapi apakan daya..

minda celaru

Seperti yang diketahui.. Tumblr ni adalah jalan pintas untuk berblog.. Tak perlu bersusah payah menaip panjang dan memikirkan ayat bunga-bungaan! Aku juga suka dengan quotes nya tu.. Makanya fungsi ringkasnya itulah yang menambat hatiku.. Jika ada yang perasan, aku lebih aktif di tumblr berbanding dengan blog utama aku.. Dan di situ juga aku selalu berkongsi sesuatu yang baru atau sesuatu yang menarik..

Dan aku mengaku penggunaan tumblr nie banyak mempengaruhi kelupaan aku pada blog utama.. Sebab di sini aku lebih bebas dan tiada tekanan dalam penggunaannya.. Asal apa aku nak update aku letak.. Pi lantak.. Haha.. Bukti aku sayangnya tumblr aku nie bila sanggup membeli premium theme untuk dia nie.. Huhu.. Menteil.net pun aku tak penah buat macam tu..

—-

Kesimpulannya, ketiganya tetap adalah dari aku.. Bezanya mungkin tipis.. Aku sendiri masih pening nak memikirkan dengan tepat bezanya.. Haha.. Dan ketiga²nya aku sayang.. Sebab tu aku tak sanggup memadam salah satunya..

10 comments

  1. ceh…limited edition konon…kalau dh automatik link kuar kat twitter…semua follower pun baca…kekeke

    aku pun dh kurang menulis kat blog utama…mcm ada sentimen kena tulis bebetul or panjang berjela kat sana…pelik kan…ntah la…

    skarang aku buka blog galery under subdomain…berblog takat ambik pic menarik then post guna hp…kekeke…mcm tu je yg slalu aku update…kekeke

    apapun, sama je la…ko jugak yg menulisnye…


    • owh.. aku lupa tentang itu.. maklumlah dah tak aktif dengan twitter.. dekat facebook pon tak tau sape yang letak link blog nie.. langsung tak jadi dah limited edition.. hahaha…

      aku pun tengah pelik.. kena betul2 ada mood pulak baru boleh update kat sana..

      weh.. apa kata ko buat kat tumblr jer.. lagi best apa.. snap n antar ke tumblr terus.. lagi smart ape.. =P


      • ada tumblr…tp mcm x best plak pakai tumblr…ahaha…


  2. diya sempat baca perenggan yang menteil delete untuk menteil.net tu, tapi takleh recall balik apa yg menteil tulis tu hehe

    erm. perasan jugak, menteil da tak aktif kat menteil.net … teringat dulu2 masa menteil aktif dengan dot net, diya pun sama aktif dengan CK. cepat je kan masa berlalu


    • hehe.. ye ke nie? boleh caya ke?

      ye lah.. dulu best je kan.. tak rindu ke zaman2 dulu?


      • masa awal tahun 2010, ade jugak la rindu nak ber wordpress mcm dulu. tapi skrg, takde perasaan dah kot. teruskan je apa yg ada skrg, herm


        • bunyi macam kecewa jer.. huhu..


  3. 3 3 aku suka


  4. penah gak terfikir
    apasal la menteil banyak sangat blog



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: