h1

Kes Bunuh.. Ini Pendapat Aku..

September 27, 2010

Sengaja aku lambatkan artikel aku kali nie.. Bukan apa, aku tak mahu dituduh sengaja mengejar trafik.. Biarlah keadaan nie lega sedikit..

Seperti yang sedang heboh baru-baru nie tentang pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, semua tak tinggal untuk memberi pendapat.. Dan aku juga ada buah fikiran yang mungkin sama dengan beberapa orang..

1. Kehilangan Orang Ternama, PDRM cekap!

Pertamanya syabas dengan pihak PDRM dengan kepantasan tertangkapnya tertuduh yang terlibat dalam kes Sosilawati ini. Memang diakui kepantasannya.. Tak salah jika aku memuji PDRM kerana telah beberapa kali berjaya menyelesaikan jenayah dalam masa yang singkat..

Tetapi apa yang aku saja bangkitkan di sini, jika mangsa itu bukan Sosilawati adakah penjenayah ini akan terus terlepas? Sehingga apa yang diketahui tertuduh utama mempunyai kaitan dengan kehilangan 8 orang yang lain? Kenapa baru kehilangan orang ternama ini baru polis dapat bertindak dengan lebih cepat? Macam mana rahsia kejahatan tertuduh utama sebelum ini boleh tersorok rapi?

2. Adakah Kes Atlantuya Akan Berulang?

Sebenarnya aku takut jika kes Atlantuya dulu berulang lagi di dalam kes kali ini.. Ingatkah bagaimana ‘matermind’ boleh lagi bergelak ketawa sedangkan yang terkena hukuman adalah ”kuli-kulinya’ sahaja.. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Adakah kerana kuasa? Adakah kerana wang ringgit? Dan aku pasti perkara ini juga boleh berlaku dalam kes kali ini..

3. Kejam! Hukuman Setimpal Wajib Diberikan..

Pukul, seksa, bunuh dan bakar.. Manusia jenis apa ini? Kalaulah pembunuhan ini tidak diberkan hukuman yang setimpal aku tak tahulah nak cakap macam mana.. Kalau boleh di berikan hukuman, aku mahu si pesalah ini juga merasakan penyiksaan yang sama seperti yang sudah dilakukan pada mangsa.. Tapi apa daya kita? Kita tunggu sajalah! Lagipun siasatan masih lagi dijalankan.. Tak banyak yang boleh diceritakan..

One comment

  1. asal ada nama, pangkat harta sume, x kisah yang hidup atau dah meninggal, pasti dipandang tinggi, pasti dipandang mulia



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: