h1

Bila Aku Menulis

September 22, 2010

Anggap saja ‘menulis’ itu disinonimkan dengan ‘mengetuk papan keunci aka menaip’..

Ramai yang bertanyakan tentang tips untuk menulis di blog.. Aku rasa dah banyak aku terangkan di blog aku menteil.net.. Di sini aku hanya menambah sesuatu perkara..

Aku menulis selalunya mengikut emosi.. Gembira, sedih, serba salah, ragu-ragu dan segala macam jenis emosi lagi.. Semua aku curahkan melalui blog.. Dan semenjak beberapa sesi berehat dari berblog, aku cuba mengelak menulis jika perasaan marah, benci, geram, bengang dan seumpamanya berlaku..

Jika tidak tahan juga hati memberontak, aku curahkan di tumblr kesayangan aku.. Di sini tidak ramai yang tahu, tidak banyak trafiknya, maka tidak banyak yang tahu.. Mungkin segelintir dari rakan facebook dan majoriti dari follower tumblr ini. Bagi aku jika sudah follow, sanggup hadaplah apa jenis post pun kan?

Kenapa aku suka menulis mengikut emosi? Emosi datangnya dari hati.. Bila menulis dari hati semuanya akan nampak kejujurannya.. Berbanding menulis dengan paksaan..

Kenapa perlu menulis kerana terpaksa.. Yelah.. Takut blog turun trafiknya atau seumpamanya.. Memang segelintir menganggap itu satu tanggungjawab.. “Kalau dah ada blog tapi tak berupdate selalu nak buat apa ada blog!” Salah bagi aku..

Sebab tu aku takut jika ada pihak yang cuba beriklan di blog aku.. Kecuali dia sanggup dengan kerenah masa penulisan aku.. Jika setuju aku terimalah!

Asalnya entry ini aku ingin letakkan di tumblr aku, tapi aku masih tidak dapat mengekang kelemahan aku untuk menaip secara ringkas.. Maka aku pindahkan ke sini..

Kenapa tak letak saja di menteil.net? Itu aku akan ceritakan nanti..

6 comments

  1. like!!!


    • mekasih!
      malangnya tiada duit raya untuk diberi.. =P


  2. haha..ikhlas dr ati..x perlu ganjaran:p


    • heh.. tau dah.. saje jer.. =P


  3. mesti BM dpt A+++..


    • haha.. mitos semata2..



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: