h1

Paypal Dengan Maybank Visa Debit Card

August 23, 2010

Yuhuu… Bertemu kembali kepada blog yang takde pengunjung nie.. Hehe.. Sendiri tahu, kalau aku update kat sini dah tentulah lebih untuk aku sendiri.. Dan kali nie aku nak bagi panduan macam mana nak buat akaun paypal link kepada kad visa debit maybank (selalu keliru dengan susunan ayat nama kad nie).. Dulu aku dah buat, tapi disebabkan tak aktif maka ntah kemana akaun tu pun aku tak tau.. Huhu.. Dulu aku buat pakai Public Bank, now meh kita torai buat dengan Maybank pulak…

Klik setiap gambar untuk mendapat kepuasan yang lebih ghairah.. Kalau tak nampak la…

1. Register Paypal

Aku sarankan daftar dengan menggunakan email peribadi.. Maksud aku email tu langsung takde kena mengena dengan blog, facebook, myspace atau yang lain-lain.. Email itu hanya untuk urusan rasmi sahaja.. (aku pelik kenapa ramai yang tak ada akaun rasmi email.. email itu lah facebook, email itu lah jugak buat urusan.. pening ok!)..

Masuk ke alamat web www.paypal.my dan click sign up, pilih malaysia kalau anda tidak duduk di uganda..

Pilih antara Personal, Premier dan Business.. Jangan risau, anda boleh upgrade ke akaun lebih tinggi bila-bila masa.. So sebagai permulaan pilih personal atau premier..

Isikan pula butiran peribadi, pastikan ianya betul supaya tidak berlaku kekeliuran nanti

Klik ‘Agree and Create Account’

Seterusnya, masukkan pula butiran card debit anda… Isi dengan teliti supaya tiada kesilapan berlaku..

Alamak… Ada masalah pulak ? Tengok bawah nie pulak..

2. Aktifkan Akaun Maybank

Ada sesetengah akaun terpaksa mengalami kesulitan untuk mendaftar akaun paypal.. Salah sorangnya aku lah tu.. Aku tak boleh link akaun paypal ke akaun maybank aku.. Kalau tiada masalah boleh terus ke langkah ke 3..

Sebagai cara menyelesaikannya, anda perlulah mengaktifkan sendiri akaun kad maybank ini.. Caranya mudah sahaja..

Login ke maybank2u (klik), cari utilities > Maybankard Secure Online Shopping Registration

Selepas selesai akan dinyatakan ‘successfull’ maka selesailah pengaktifan akaun maybank anda (maaf, tak sempat amek screenshot)

3. Melengkap Akaun Paypal

Setelah langkah kedua dilakukan.. Login kembali ke akaun paypal (klik).. Lihat di sidebar kanan, klik ‘Link and confirm my debit or credit card’.. Terus isi maklumat akaun visa debit card seperti biasa.. Insya-Allah akan berjaya..

Selepas akaun berjaya dihubungkan, RM10.00 akan ditolak dari akaun anda..

Anda hanya perlu tunggu 24 – 28 sebelum diberikan 4 digit code..

4. Mengesahkan Kad Debit

Selepas anda sudah mendapat 4 digit no yang diberikan

anda perlu memasukkan 4 digit no tadi di akaun paypal untuk pengesahan.. Login kembali ke akaun paypal, lihat di sidebar kanan, klik ‘Confirm my debit or credit card’, seterusnya ikut langkah seperti gambarajah di bawah..

masukkan 4 code tadi..

siap di bahagian ini, tapi bukan sepenuhnya.. kena pengesahan pulak.. aih! banyak problem betul la! aku sorang je ke yang kena?

5. Pengesahan Yang Baru Betul² Sah!!

Tengok pada tajuk pun dah tau kan itu namanya marah.. Haha..

Kenapa ada ‘account access limited’ nie ye?
Mengikut kajian dan pembacaan aku diantara sebabnya ialah

1. Akaun baru buat
2. Keraguan maklumat diri
3. Pengaliran akaun yang meragukan
4. sila tambah kalau ada..

Pembacaan aku di internet, ada juga yang accountnya disekat sehingga 8 bulan!

Caranya untuk menyelesaikan masalah ini, masuk ke akaun paypal dan masuk pada bahagian ‘Resolution Center’, lihat yang mana perlu diselesaikan dan selesaikan.. (maaf, aku lupa pulak nak amek screenshot.. perasaan marah membuak2..  dia ada tanda pangkah, hanya selesaikan yang itu jer..)

Ada satu bahagian yang susah sket nak diluluskan iaitu ‘Proof of Address’, kita perlu upload fail yang mengesahkan alamat itu kita yang punya.. so boleh scan atau tangkap gambar penyata bill terkini dan upload… jangan lupa photo ID untuk dapat markah lebih (?)

Selalunya benda ini akan mengambil masa yang lama.. jadi sebagai langkah ekstrem, hantar email kat diorang.. Jika perasan di bahagian bawah web paypal ada link untuk ‘contact us’.. Klik situ dan pilih mana2 dan report mengenai hal ini.. (untuk kes ini, dorang suruh tunggu jer, tak perlu hantar email.. tapi buat macam tak tau jer.. haha…) dan ianya berhasil.. sehari jer untuk aku.. haha..

yeay!! setel!!

Macam mana nak beli guna paypal? ah… klik button dia, masukkan email n password, bayar! tak perlu tutorial lah! haha.. boleh juga pakai ‘sent money’..

Nota Kaki;
1. Digalakkan buat langkah kedua dahulu sebelum mendaftar paypal..
2. Tutorial ini adalah untuk kegunaan aku sendiri, maafkan aku kalau ada tertinggal.. Kalau ada kekurangan sila tinggalkan di bahagian komen dan aku akan update.. Ini untuk keuntungan bersama juga😄
3. Tutorial ini aku buat secara live, sambil buat paypal aku buat di blog juga.. So dia punya step samalah dengan apa yang aku lakukan..
4. So berhari-hari jugak lah nak siap kan… jadi jangan main copy paste.. Itu harem namanya..

Selamat berpaypal!

14 comments

  1. patut la aku takleh nk verified kad debit aku yg senantiasa susut tu… kena aktifkn kat maybank2u ceh!

    ko mcm paham je masalah aku nih… muah! ni yg aku sayang bini aku nih muhahaa


  2. ceh! takde2… belanja kat sup kaww! haha…


  3. aku pon pkai maybank debit kad jugak..


  4. senang sket pakai maybank.. yang payahnye paypal.. huhu..


  5. kalau kad debit public bank x leh ke bro


  6. boleh jugak bro.. sebab public bank ada visa debit jugak.. aku dah lama buat tu lupe pulak..
    macam leceh sket la.. sebab dorang ada sekat apa ntah.. try talipon dorang dulu la..😄


  7. Peh.. ko memang de best la menteil.. aku pun dah berjaya daftar paypal dan maybank


    • berguna jugak entry aku nie.. hehe…😄


  8. salam… nak tanya… alamat tu… nak kena letak alamat yang mana ya?
    jika alamat surat menyurat berlainan dengan alamat masa card dibuat?


    • rasanya lebih elok jika letak alamat semasa membuat card..


  9. At last!!br je settlekan masalah psl maybank-paypal ni..THANK U!!!!!


  10. Tq… Tq…. Tq….🙂
    Tgh verify acc paypal aku…. tggu 4 code dari maybank2u….
    patut la aku transfer duit dari maybank dah sebulan tak masuk2 dlm paypal aku…

    Kalau ade 2 akaun paypal leh verify dgn kad debit yg sama tak?


  11. Kenapa maybank2u saya takde “Maybankard Secure Online Shopping” yee? Then macam mana saya nak link kad maybank visa debit saya dengan Paypal? Someone please jawab. Thanks


    • rasenye butang fungsi dah dimansuhkan



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: