h1

NiagaKit – Sangat Berbaloi-Baloi!

March 29, 2010

Umum sudah mengetahui mengenai sistem kedai dalam talian yang dibangunkan oleh Flarebiz iaitu NiagaKit. Percaya atau tidak, NiagaKit ini sudah menjangkau lebih 100 pengguna setakat ini. Bukankah ini menunjukkan yang NiagaKit ini terbukti keberkesanannya. Tidak mustahil suatu hari nanti sistem ini mampu mencapai 1000 pengguna pula. Dan jangan terkejut andai sistem NiagaKit ini menjadi antara sistem ecommerce yang terbaik pernah dibina.

Sebelum versi kedua sistem NiagaKit dilancarkan, NiagaKit sebelum ini hanya menggunakan tema dan beberapa plugin untuk platform wordpress, ruang berblogging yang sangat terkenal ketika ini. Walaupun pada masa itu ia sudah dikira ‘berbalo-baloi’, tetapi NiagaKit tetap mendapat kritikan mengenai sistem yang dibinanya. Mengambil kira semua kritikan sebagai positif, tanpa kenal erti putus asa Flarebiz bergerak lebih jauh kehadapan dengan mengeluarkan sistem ecommerce sendiri!

Bukankah kita sepatutnya berbangga dengan produk anak watan? Kenapa sanggup berbelanja lebih untuk memiliki webjualan pada sistem yang jauh lebih mahal? Sedangkan NiagaKit sudah memiliki sistem yang sangat lengkap, kenapa perlu membazir? Kita sepatutnya berterima kasih dengan usaha Flarebiz untuk sistem NiagaKit ini!

Kenapa penulis berani menyatakan yang sistem NiagaKit ini sangat berbaloi-baloi? Mari penulis terangkan 10 sebab kenapa anda wajib memiliki NiagaKit untuk memulakan perniagaan internet.

1. Ringkas, Kemas dan Profesional
Antara faktor utama untuk menarik minat pembeli supaya terus ‘lekat’ pada webjualan anda sudah tentulah pada paparan yang diberikan. Lihat saja contoh pada semua webjualan yang sudah menggunakan NiagaKit ini. (Pengguna NiagaKit) Layaklah ini dipanggil mesra pengguna kerana tidak membawa beban pada bakal pembeli untuk memilih barangan.

2. Pembangunan Sistem Yang Berterusan
NiagaKit akan bergerak maju kehadapan seiringan dengan kemajuan dan teknologi yang terkini. Maka anda tak perlu risau dengan pepatah ‘ketinggalan zaman’. Ini kerana NiagaKit akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia perniagaan internet dan apa yang pasti anda akan diberi update percuma dari NiagaKit! Berbaloi bukan?

3. Khidmat Sokongan Yang Superb!
Sudah menjadi tanggungjawab team Flarebiz  berusaha untuk memberi sokongan berterusan supaya segala apa permasalahan yang berlaku di webjualan anda dapat diselesaikan segera. Inilah faktor penting bagi siapa yang masih kabur dengan perniagaan dalam talian ini. Lihat saja testimoni (Testimoni Pengguna) pengguna NiagaKit. Majoriti padanya berpuashati dengan ‘support after sell’ team Flarebiz yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu.

4. Pengendalian Panel Admin
Setelah penulis mencuba panel admin NiagaKit segera minda penulis berfikir, ‘macam ni punya senang, budak sekolah pun boleh manage NiagaKit!’. Betul! Ini bukannya dongengan. Penulis percaya dalam hanya beberapa jam sahaja diperlukan untuk membuka kedai anda. Ini kerana konfigurasinya yang sangat mudah dan mengkagumkan! Anda boleh cuba sendiri di panel admin NiagaKit (Panel Admin NiagaKit) username: admin, password: adminniagakit

5. Mesra Search Engine Optimization (SEO)
Pada yang masih belum arif, SEO ini sangat membantu andai anda mahu menjual sesuatu produk atau servis di dunia internet. SEO ini akan membantu meletakkan webjualan anda pada kelompok teratas dalam enjin carian mereka. Ini kerana SEO ini akan ‘memesrakan’ segala isi didalam webjualan anda dengan enjin carian.

6. Bank Tranfer, Paypal, Card Credit dan NBePay
Anda tak perlu risau dengan pembayaran kerana pelanggan anda boleh membayar melaui pelbagai cara. Samada pembayaran bank tempatan, paypal ataupun kredit kad! Ini juga cara supaya produk anda tidak tersekat hanya diluar negara atau didalam negara. NBePay pula boleh membantu anda menguruskan perniagaan waima sewaktu anda tidur sekalipun. Boleh rujuk sini untuk keterangan lebih lanjut (Malaysia Online Payment NBePay)

7. Pengendalian Produk Yang Pelbagai
Terdapat bermacam option yang boleh digunakan pada suatu produk. Anda bebas menetapkan harga, memuatnaik bermacam gambar, menetapkan variasi, memberi diskaun dan kupon, dan penetapan kos penghantaran yang fleksibel. Ruang ‘featured product’ juga disediakan bagi meletakkan produk terbaru anda sentiasa di halaman utama. Apa yang penting tiada had produk yang ditetapkan dan anda boleh memilih secara ‘list view’ atau ‘grid view’.

8. Rekod dan Kaji Hasil Jualan
Merekod dan mengkaji hasil jualan amat penting dalam perniagaan. Memahami perkara ini, NiagaKit menyediakan fungsi yang hebat iaitu ‘Laporan Jualan’ dan ‘Jualan Terlaris’. Dengan ini anda pasti dapat menetapkan penjualan yang harus ditambah atau dikurangkan. Statistik begini dapat membuat perniagaan anda bertambah baik dengan perancangan yang juga baik.

9. Penggunaan Pelbagai Bahasa
Jika anda mahu memasarkan produk anda ke serata dunia, anda tidak perlu risau dengan menggunakan NiagaKit. Dengan hanya satu klik, paparan akan bertukar secara automatik dan dialih bahasanya kepada bahasa Inggeris. Bahasa yang masih memegang sebagai bahasa antarabangsa. Langkah ini dapat meluaskan lagi perniagaan anda.

10. Harga Yang Berpatutan
Jika anda dapat mencari sistem ecommerce semurah NiagaKit, memang anda adalah orang yang sangat bertuah. Berani penulis katakan yang Open Source eCommerce lain mampu menjangkau berkali ganda dari yang ditawarkan NiagaKit. Apa yang pasti bayaran untuk NiagaKit hanya sekali seumur hidup (kecuali hosting dan domain). Tiada bayaran bulanan dan tiada cas tersembunyi!

Bukankah apa yang penulis nyatakan kesemuanya di atas sangat berbaloi-baloi? Buatlah pilihan bijak. Semestinya NiagaKit adalah produk yang wajib dimiliki! Belilah produk yang sememangnya diperakui ini.

Sistem Kedai Online Niagakit

3 comments

  1. Memang best kalau dapat guna Niagakit ni.
    Mudah-mudahan satu hari nanti boleh dapatkan satu untuk diri sendiri. Hehe😀


  2. amin… semoga ko berjaya capai impian ko tu.. =P


  3. sekarang dah ada MIniNiaga.. lagi masyuk la diorang..😉



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: