Archive for the ‘SayaPunya!’ Category

h1

Relevenisasi Blog dan Aku

May 5, 2011

Assalamualaikum.. Jarang rasanya aku memulakan bicara dengan salam kan?

Membaca tajuk kali ini seperti keliru dengan apa aku cuba sampaikan..

Tadi bila aku ingin membakar rokok, tiba-tiba “blink!” timbul satu point yang aku rasa ingin aku luahkan kedalam blog..

Aku capai laptop, masukkan kata laluan, tangan aku spontan mengetuk papan kekunci bila menerima arahan..

Sambil mata menjeling pada siaran HBO yang ceritanya entah kali ke berapa aku tonton, tangan aku terus menari..

Luahkan perasaan jemu itu pada aku, aku tahu ini entah kali aku katakan begini..

Hati aku tidak pernah akan senang jika aku tidak luahkan.. Itu tindakan yang memang terdidik dari mula aku berblog dahulu.. Aku berbicara melalui hati dibawa ke akal fikiran untuk ditranformasikan menjadi tulisan..

Aku gembira melihat dunia blog Malaysia yang kiat berkembang, teringatkan di zaman aku mula berblog dahulu..

Dulu aku masih belajar, punya masa.. Sekarang tidak lagi..

Aku semakin tertinggal.. Aku memang tidak punya keghairahan untuk mengejar.. Aku lebih berminat duduk diam melihat mereka berlari..

Dulu dunia mementingkan kualiti, kini lebih pada populariti..

Aku akur.. Mencari kualiti kini sia-sia tanpa populariti..

Malangnya aku lebih gembira dengan privasi.. Itu aku..

menteil.net akan mencapai tarikh luput beberapa hari sahaja lagi.. Aku seperti tidak berminat untuk memberikannya nyawa lagi..

Aku masih diam, membisu, kelu.. Fikiran aku masih tidak mencapai persetujuan untuk tindakan..

Biarkan ianya berlalu dengan pengakhiran, mungkin dengan itu kuranglah sedikit penyelesalannya..

Akan ada kata akhir nanti di sana.. Entah bila aku tak tahu..

Tetapi hosting tetap aku hidupkan kerana ada beberapa projek penting berada di sana..

Beberapa blog aku serahkan ke tangan baru, siapa dia berkenalanlah sendiri.

Menteil.net hanya aku seorang sahaja yang kendalikan.. Aku masih belum sanggup orang lain mencabulinya..

Aku cuba baca kembali penulisan ini, tapi aku sengaja menggerakkan dengan pantas bebola tetikus ini supaya cepat ia sampai ke bawah..

Sekilas pandang sangat berterabur, tidak pernah aku wujudkan penulisan sebegini.. Aku biarkan ia kekal spontan..

Sengaja aku tidak mahu mengubah penulisan sehingga aku puas seperti selalu.. Biarkan ia kekal ori dari hati..

Tiada kata akhir, rokok sudah mula mahu membakar puntungnya.. Salam..

Aku puas…

h1

Selamat Tinggal CyStats

April 24, 2011

Aku sudah mahu deactivate plugin ini selama-lamanya.. Jadi seperti akismet, aku juga mahu ambil screenshot untuk dijadikan panduan.. Er.. Lebih pada kenangan.. Untuk info, aku sudah tidak ketagih trafik pada blog ini.. Jadi bukan masalah besar untuk aku membuang plugin ini.. Eh? Aku takde mood la nak membebel.. Tengok gambar je lah..  Read the rest of this entry ?

h1

Akismet Dalam Kenangan

December 1, 2010

Sejak menggunakan plugin baru (Growmap Anti Spambot Plugin) yang dapat menewaskan spammer 100% akismet semakin dilupakan. Jadi sebelum menghapuskan Akismet dari senarai plugin yang aku gunakan, aku mahu letakkan statistik (yang kebanyakannya aku langsung tak paham) untuk mengenangkan jasanya yang banyak berbakti kepada blog menteil.net (macam pelik lah penghargaan nie).. Ah.. Senang cerita, ini untuk rekod aku sendiri jer..

Read the rest of this entry ?

h1

Pembersihan Keyword Berjaya!

December 1, 2010

Penutup untuk laporan statistik menteil.net bulan November – mengecewekan dari segi trafik, memang jatuh mencanak.. Puncanya – malas nak update! Tetapi apa yang aku suka bila misi pembersihan keyword telah berjaya dilakukan dengan jayanya.. Dan ini juga salah satu punca trafik aku jatuh merudum! Huhu..

“berani kau letak keyword blog ko kat sini menteil?!” alah.. Apa nak heran.. Kalau nak ambil dan lawan keyword dengan aku pun tak kisah.. Hehe.. Aku kan baik hati suka berkongsi.. Ok sila muntah sekarang..

“kenapa tak letak keyword count nya encik menteil?” err.. Malulah! Bukan banyak pun.. Read the rest of this entry ?

h1

Penutupan Rasmi Ntahla.Net

November 5, 2010

Aku pemilik ntahla.net ingin mengumumkan bahawa blog ntahla.net akan ditutup serta merta..

Untuk pengetahuan, ntahla.net ini diupdate secara manual.. Maka masa yang banyak perlu diambil untuk menguruskan ntahla.net.. Di awal pembukaannya memang tiada masalah kerana aku hanyalah seorang pelajar yang punya banyak masa di waktu itu, berbeza dengan kehidupanku sekarang..

Sekadar penambahan, url – ntahla.net/v3 dan isinya masih dikekalkan tetapi borang untuk menghantar blog baru akan dibekukan sampai bila-bila.. url – ntahla.net akan di’redirect’kan ke blog ini atau aku akan jadikan ia domain untuk tumblr aku.. Itu akan aku fikirkan nanti.. Masih tiada perancangan..

Jadi kepada sesiapa yang ingin membuang banner ntahla.net dipersilakan, tiada masalah.. Kepada sesiapa yang ingin maki dan marah aku sekarang, silakan.. Kepada siapa yang pernah menolong, terima kasih.. Kepada yang menghantar email dan tiada respon, maafkan aku..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.