Halim satu nama yang hebat di serata Kepulauan Ekasitra.. Kemana saja dia melangkah pasti akan bergegar aura kekuasaannya itu.. Siapa yang tidak kenal dengan sikap panas barannya itu.. Waima kesalahan si mangsa tidaklah sebesar mana, pasti akan ke longkanglah tubuh si mangsa.. Pernah suatu hari anak Pak Rahman yang baru berusia lima tahun itu ditamparnya berkali-kali hanya kerana tidak mahu memberikannya lolipop kegemaran Halim itu.. Aih… Apakan daya tiada siapa pun berani tampil melawan Halim yang gagah ini..
Walaupun begitu sikapnya Halim, anak-anak dara dan janda-janda kepulauan itu masih tergila-gilakannya.. Yang peliknya, Maimunah si jelita isteri Kasim pun turut tergilakannya.. Apa dia tidak sedar dia sudah menikah? Hai dunia… Entah ilmu apa yang dipakai, Encik Samad si penjual taugeh pun pening memikirkannya.. Mahu saja dia bertanya pada Halim, tapi takut tubuhnya pula ke longkang nanti.. Maka terbatallah niat Encik Samad.. Baik dia menjual taugeh seperti biasa, dapat juga dia wang, dapat dia membeli kretek nusantara kegemarannya.. Tapi kenapa penulis cerita ini sibuk bercerita tentang Encik Samad? Mari sambung cerita tadi.. Read the rest of this entry ?

