
Seperti yang diberitahu sebelum nie, aku sedang berusaha keras menghapuskan sebarang keyword lucah yang masuk ke dalam blog ini.. Ini dilakukan kerana 5 daripada top 10 keyword yang masuk ke dalam menteil.net adalah keyword lucah! Disebabkan hati tak senang, proses pembersihan terus dilakukan dengan membuang kata-kata kunci yang berkait dengan lucah..
Walaupun tak berjaya untuk menghapuskan 100%, tetapi usaha aku membuahkan hasil bila tiada lagi hasil carian lucah yang singgah ke dalam menteil.net.. Statistik terkini juga menunjukkan bukti bila aku kehilangan anggaran sebanyak 20% visitor.. Walaupun ianya agak menyedihkan, tetapi hatiku senang dengan perubahan ini..

Sekadar memberitahu, kata kunci yang ada menteil.net 80% daripadanya dihasilkan oleh satu plugin.. Sebagai contoh seorang visitor mencari kata kunci ‘contoh blog’ dan google menunjukkan menteil.net sebagai salah satu hasil carian.. Bila visitor click dan masuk ke dalam blog, plugin dengan sendirinya akan mencipta satu tag di dalam entry yang dipilih oleh enjin carian.. Ia juga boleh terjadi bila visitor itu mencari di dalam menteil.net sendiri.. Er.. Macam pening lah!
Sebenarnya ada baik buruk penggunaan keyword sebegini.. Tetapi aku lebih suka menghapuskannya.. Ada juga blogger bertanyakan macam mana pula jika ia dikaitkan dengan pendapatan.. lucah + trafik = duit.. Nanti lah aku bincangkan.. Hehe..




