Archive for September, 2010

h1

Kenapa FormSpring Bukan Untuk Aku?

September 30, 2010

Ermm.. Rasanya tak payah kot aku nak ceritakan apa dia itu formspring.. Semua dah tau.. Mulanya aku buat mende nie pun sebab aku tengok ramai yang buat.. Ye lah.. Macam biasa, ramai orang buat mesti la nak ikut.. Mula2 pakai rasa biasa je.. Tak ada apa yang best pun.. Lama2 boring pulak..

Kenapa?

1. Tak Ada Yang Menarik Tentang Aku
Makanya tiadalah soalan untuk aku.. Sebab orang lain pun tak tau nak tanya aku apa.. Haha..

2. Aku Sendiri Malas Nak Jawab
Er.. Memang kot.. Kalau soalan tu macam soalan biasa je, baik chatting jer..

3. Merepek
Sori cakap.. Tapi kebanyakannya bukan bertanya soalan yang serius.. Semua macam harem jer.. Dan ada juga yang bukan boleh dikategorikan soalan pun

4. Malas Nak Login
Ini satu lagi masalah untuk aku.. Memang sangat malas nak login mende alah nie..

5. Tak Faham
Masih tak faham apa fungsi sebenar mende alah nie.. Tertanya2..

Maka, aku tinggalkan je lah mende tu.. Tak penting pun.. Er.. Tak penting langsung.. Sila lihat point nombor satu tu..

h1

Apa Bezanya 3 Blog Menteil?

September 30, 2010

Soalan nie tak pernah ditanyakan sesiapa pun.. Tapi aku menggatal saja nak menaip, aku nak buat macam mana.. Untuk pengetahuan sesiapa yang membaca (jika ada), aku mempunyai 3 blog yang aktif

1. menteil.net – eksperimentasi minda celaru
2. menteil – eksperimentasi blog celaru
3. minda celaru – bila kekeruhan minda berfungsi

Bukankah ketiga²nya mempunya tagline yang lebih kurang? Pesal nak buat banyak² pulak? Buat satu sudah!

Haha.. Suka hati aku lah! Aku yang manage semua pun.. Bukan ada suruh sapa².. Baiklah.. Ini sebenarnya jawapannya..

Read the rest of this entry ?

h1

Kes Bunuh.. Ini Pendapat Aku..

September 27, 2010

Sengaja aku lambatkan artikel aku kali nie.. Bukan apa, aku tak mahu dituduh sengaja mengejar trafik.. Biarlah keadaan nie lega sedikit..

Seperti yang sedang heboh baru-baru nie tentang pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, semua tak tinggal untuk memberi pendapat.. Dan aku juga ada buah fikiran yang mungkin sama dengan beberapa orang..

1. Kehilangan Orang Ternama, PDRM cekap!

Pertamanya syabas dengan pihak PDRM dengan kepantasan tertangkapnya tertuduh yang terlibat dalam kes Sosilawati ini. Memang diakui kepantasannya.. Tak salah jika aku memuji PDRM kerana telah beberapa kali berjaya menyelesaikan jenayah dalam masa yang singkat..

Tetapi apa yang aku saja bangkitkan di sini, jika mangsa itu bukan Sosilawati adakah penjenayah ini akan terus terlepas? Sehingga apa yang diketahui tertuduh utama mempunyai kaitan dengan kehilangan 8 orang yang lain? Kenapa baru kehilangan orang ternama ini baru polis dapat bertindak dengan lebih cepat? Macam mana rahsia kejahatan tertuduh utama sebelum ini boleh tersorok rapi?

Read the rest of this entry ?

h1

Bila Aku Menulis

September 22, 2010

Anggap saja ‘menulis’ itu disinonimkan dengan ‘mengetuk papan keunci aka menaip’..

Ramai yang bertanyakan tentang tips untuk menulis di blog.. Aku rasa dah banyak aku terangkan di blog aku menteil.net.. Di sini aku hanya menambah sesuatu perkara..

Aku menulis selalunya mengikut emosi.. Gembira, sedih, serba salah, ragu-ragu dan segala macam jenis emosi lagi.. Semua aku curahkan melalui blog.. Dan semenjak beberapa sesi berehat dari berblog, aku cuba mengelak menulis jika perasaan marah, benci, geram, bengang dan seumpamanya berlaku..

Jika tidak tahan juga hati memberontak, aku curahkan di tumblr kesayangan aku.. Di sini tidak ramai yang tahu, tidak banyak trafiknya, maka tidak banyak yang tahu.. Mungkin segelintir dari rakan facebook dan majoriti dari follower tumblr ini. Bagi aku jika sudah follow, sanggup hadaplah apa jenis post pun kan?

Read the rest of this entry ?

h1

Bounce Rate Menteil.Net

September 3, 2010

Ini Bounce Rate terbaru blog menteil.net.. Masa mula-mula aku tengok peratusan dia yang semakim menurun buat aku risau.. Aik? Dulu elok je mencanak.. Nie turun plak terus? Tanya punya tanya kat pakcik google, rupanya peratusan yang rendah itu lah yang berkualiti.. Aih.. Bikin runsing je..

“Macam mana ye nak cerita pasal Bounce Rate nie”

Macam nie.. Peratusan dia itu lebih menunjukkan kepada masa yang digunakan pengunjung setiap kali masuk ke dalam blog nie.. Maknanya, bounce rate akan naik peratusannya kalau dia datang tengok apa yang diinginkan tiada dan terus pangkah.. Boleh ditafsirkan sebagai tidak berkualiti..Begitulah sebaliknya.. *betulkan andai aku salah.. Read the rest of this entry ?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.